Rundingan damai Pertubuhan_Pembebasan_Bersatu_Patani

Kerajaan Thailand pimpinan Jeneral Surayud Chulanont akan berunding dengan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani dan Bersatu di negara yang berkecuali seperti di Singapura. Isu ini adalah keutamaan kepadanya dan Jeneral Sondhi Boonyaratqlin.

Malaysia bukan merupakan lokasi pilihan kerana Kerajaan Thailand sejak sekian lama menuduh Kelantan sebagai lokasi melatih pejuang PULO. Pemimpin selatan Thailand sendiri menyatakan terdapat 200,000 penduduk Thailand berhijrah atau melarikan diri ke Malaysia.

Rampasan kuasa tentera pimpinan Jeneral Sondhi Boonyaratqlin pada 19 September 2006 berjaya menyingkirkan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Penduduk selatan Thailand amat berharap kepada jeneral yang berugama Islam ini. Semasa era Thaksin, Jeneral Sondhi Boonyaratqlin pernah mencadangkan rundingan tetapi ditolak kerana tidak perundingan dengan pengganas. Thaksin merupakan sekutu Presiden Bush dan ada menghantar tentera Thailand ke Iraq 2003.